Friday 18 January 2013

Dakwah Bukan Mudah Tetapi?

Dakwah?. Kita slalu kata Dakwah ini kerja Ustaz,Ustazah, Ulamak dan sebagainya. Sebenarnya Dakwah ini adalah untuk semua umat yang Bergelar Islam yang Beriman Dengan Allah dan RasulNya.Dakwah ini sebenarnya Tugas Para Rasul dan Kita sebagai umatnya cuma menyambung sahaja tugas mereka.Kalau bukan kita, siapa lagi?. kalau bukan kita yang mulakan?Macam mana Islam nak berkembang. Kalau nak tunggu diri ini perfect atau sempurna baru nak tegur or dakwah orang, susahlah Islam itu nak berkembang. Memang Seorang Pendakwah mesti mempunyai akhlak yang baik. tetapi tak semestinya orang jahat takley tegur or dakwah kerana dengan memberi teguran itu, sebenarnya dia sedang memberi teguran kepada dirinya sendiri kerana telinga sape yang paling dekat dengan mulut yang memberi teguran dan dakwah itu kalau bukan si pendakwah itu sendiri.Orang baik mahupun jahat pon boleh bagi teguran. tak salah. tetapi Dalam ayat Al-Quran mengatakan bahawa Dakwah mesti dengan hikmah kerana manusia ini mahukan dakwah dengan kelembutan dan kecintaan. Kita nak dakwah dan tegur orang ada step by step dia. bukan main dakwah n tegur je. nnt jadi lain pula. Ada pepatah kata : Orang yang menegur diri kita di khalayak ramai,itu bukan menegur kita tetapi sedang menghina diri kita dan Orang yang menegur diri kita secara senyap2, itulah orang yang sebenar2nya menegur kita.So dalam dakwah dan tegur pown ada caranya tersendiri. kita kena belajar. menuntut ilmu dahulu. :D. Dakwah ini bukan mudah Tetapi Ganjaran di Sisi Allah itu amatlah besar. Ingat Allah tak tengok keberhasilan Dakwah itu tetapi Allah tengok usaha dakwah itu. seperti mana kita tengok Nabi Allah Nuh A.S. Baginda berdakwah selama 900 tahun tetapi cuma sedikit sahaja yang menerima Agama Allah itu. Isteri dan anak Baginda pown tidak menerima. Tengok Rasulullah Muhammad (S). ketika baginda berdakwah, orang musyirikin mekah dan penduduk Toif menghina Baginda, melemparkan najis dan batu bata terhadap baginda. tetapi baginda tabah menghadapinya. kerana itu adalah tugas dan tanggungjawab yang dikurniakan oleh Allah untuk menyampaikan kepada makhluk Sekalian Alam. Jangan berputus asa untuk berdakwah kerana Allah sentiasa orang yang melakukan kebaikan. Wallahu'alam. Assalamualaikum