Sunday 30 December 2012

iLmu Lentera HiDup SeOrang MuSLiM

Hari ini ana nak menceritakan dan berkongsi ilmu dengan antum semua yang mana tajuk hari ini ialah *IlMu Penyuluh Budiman*. Dalam Hadith ada mengatakan bahawa : Ilmu itu Fardhu (Wajib) keatas orang2 Islam. Dan ada juga Pepatah Melayu mengatakan bahawa tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China. Ilmu ini umpama Lampu yang menerangi tempat yang gelap gelita. kalau kita memasuki tempat yang gelap gelita tanpa lampu, bisakah kita untuk meneruskan perjalanan kita dan mencari sesuatu? begitu juga ilmu, tanpa ilmu kita tidak boleh maju kehadapan. kalau Dunia ini tidak terkejar2 mencari ilmu, Tamadun baru tidak akan wujud dan mungkin kita akan menjadi orang kuno selama2nya~Oleh itu betapa pentingnya ilmu ini terhadap kehidupan kita dan tamadun kita. Oleh itu dalam ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Contoh iLmu Fardhu Ain ialah Ilmu Tauhid , Ilmu Feqh , Ilmu Sirah dan Sebagainya. dan Ilmu Fardhu Kifayah pula seperti Biologi , Addmath, Fizik dan sebagainya. Oleh itu Kita Wajib mengutamakan ilmu Fardhu Ain daripada Fardhu Kifayah. Bukan tidak boleh kita mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah bermaksud jika ada orang sudah menguasai ilmu tersebut tidak jatuh wajib keatas diri kita untuk menuntut ilmu tersebut. Ilmu Fardhu Ain ini adalah wajib. Kita Solat tapi Ilmu Tauhid takde.. ilmu tauhid ini ialah ilmu Ketuhanan yang mana kita mempeljari ilmu tersebut kita mengenali Allah lebih dalam :D Wallahu'alam. Sebab ape ana kata kita wajib mencari ilmu Fardhu ain? sebab dalam hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Man salaka Thoriqon yaltamisu fihi 'ilman , Sahalallahu lahu bihi Thoriqan ilal jannah. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dipermudahkan oleh Allah untuk menuju ke syurgaNya(Hadith Riwayat Muslim).. Allahu Allah. DEngan ilmu kita cari itu, Allah bukak jalan untuk masuk keSyurga.. Dan Ada hadith mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggal didalam majlis ilmu atau dalam menuntut ilmu itu adalah salah satu syahid kecil. Allah2. Mudah kan nak masuk Syurga tapi susah nak buatkan. Dalam Surah Al-Sof ayat dua Allah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Ingat, kita ada ilmu dan kita tahu akan kesalahan tersebut, tetapi kita menyuruh orang meninggalkannya tetapi kita melakukan. Ingat Allah benci akan perkara tersebut seperti mana Allah berfirman dalam surah Assof ayat 3 : Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.. Sodaqallahul 'Adzim. Ingatlah Wahai Orang2 yang beriman. tuntutlah ilmu sehingga antum masuk liang lahad.~ Kepada pelajar2 yang akan menduduki Peperiksaan Besar seperti SPM,STAM,STPM,PMR,UPSR,I'dadi,Thanawi dan sebagainya, Buatlah sehabis baik. Kita lihat pengorbanan Seorang Ulama tersohor iaitu Imam Syafie, bagaimana beliau menuntut ilmu. Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Hanafi .. seperti mana mereka semua itu menuntut ilmu, tidak seperti kita zaman sekrg ini~. Oleh itu cuba membahagiakan Keluarga kita dengan kejayaan yang kita kecapi ini. Akhir sekali, Ingat Ilmu itu adalah penghukum, Pengadil , Pengawal , Pelita . tetapi ilmu itu juga boleh memakan diri kita kembali jika kita tidak pandai menggunakannya.Tahun depan ana akan menduduki SPM . Oleh itu ana mengharapkan Doa2 daripada Antum supaya mendoakan kejayaan ana. Ana teringin nak bagi family ana gembira dengan kejayaan ana~. So Pray for me ya. InsyaAllah i will do the best! InsyaAllah. Wallahu'alam Assalamualaikum

Sahabat Seperti Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar

Hari ini ana nak berkongsi dengan antum semua tentang tajuk Sahabat biarlah Seperti Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar :D. Kita lihat ukhuwah antara Rasulullah S.A.W dgn saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu. Erat seEratnya. seperti Jasad dan Roh. Saidina Abu Bakar sanggup gadaikan Nyawanya demi Sahabat yang dia kasihi iaitu Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah dan Saidina Abu Bakar menyorok di dalam gua thur lalu Saidina Abu Bakar terlihat dalam lubang yang berada dalam gua itu ada ular. lalu Saidina Abu Bakar mengorbankan dirinya dengan menutup lubang itu dengan kaki itu lalu ular itu mematuk kaki S.Abu Bakar. lalu menitis air mata S.Abu Bakar dan menitik di pipi Rasulullah yang mana Baginda baring di atas riba S.Abu Bakar. Begitu Besar pengorbanan seorang sahabat. tapi Kita dengan Sahabat kita. Kita Tegur sahabat kita pown susah?. Kadang2 kita tegur sahabat kita. Dia anggap tegura kita tu sebagai bebanan dia. Sepatutnya kita bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sanggup memberi nasihat dan teguran dan sokongan kepada kita.Itulah Sahabat yang sebenar.. sanggup mendorong diri kita kepada jalan yang lurus bukan mendorong kita kepada jalan yang tak ade hasilnya.. Ingatlah tanpa sahabt kita tidak tahu diri kita siapa.~ dengan bersahabat, kita tahu salah kita, kita tahu siapa diri kita. dan Sahabat yang sejati ialah sahabat yang ada dikala sedih atau gembira, susah atau senang dan selalu menegur tentang kesalahan dan cuba memperbaiki segala kesilapan yg telah kita lakukan. Hargailah Sahabat kita selagi mana kita mempunyai dia~. Dan jangan kita berasa menyesal setelah kita kehilangan sahabat macam nie.. Sahabat seperti ini cuma ada 1 sahaja dan tidak akan kita temui lagi~. Ingatlah Bersahabat lah seperti Rasulullah S.A.W dengan Saidina Abu Bakar. Hadith Rasulullah bersabda : Sayangilah Shabat mu seperti mana kamu menyayangi dirimu sendiri. *Aku Syang Sahabat aku selamanya. ( Wan Kati , Hazim , Opi , Azhad , Zaim , Afiq , Ukasyah , Fikri , Beydoh dan Semua yang ku kenali :D * Nuraina Azman , Iffa , Ridzuan Syameer , Farhanah , Aisya Scha ,Nurul Farhana , Syarifudin :D *

Monday 24 December 2012

Turban dan Bonggol Unta Kaum Hawa :D

Hari ini ana nak membincangkan perihal kaum wanita yang suka memakai bonggol Unta dan Turban yang mana menjadi trend atau style pada era sekarang.Pada Zahirnya memang kita lihat pakaian itu menutup aurat. Tetapi adakah ia menutup aurat dengan selengkapnya yang dikehendaki Syariat Islam ?. Okey ana cerita tentang Bonggol Unta dahulu. Dalam Hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang berbonggol unta tidak akan bau syurga. Wallahu'alam.Kita menutup aurat ini kerana siapa? kalau tidak bukan lagi kerana Allah kan. tetapi kadang kala kita menutup aurat ni sebab ikut trend atau ikut style. Memang ada yang mengatakan bahawa Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. tetapi jikalau trend itu dah lapok, mungkin dia akan beralih kepada trend yang lain . So dekat sini konsep dia adalah tidak istiqomah dalam amalannya. Bonggol unta ini sudah ada pada Zaman jahiliah lagi. So Betul juga Hadith Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Zaman Jahiliah akan muncul pada Akhir Zaman kelak. Wallahu'alam. Kalau nak tengokkan Bonggol unta ini bukannya lawa bebenar pown. Macam buat benda tak berfaedah je. Nak menunjukkan bahawa kita ada Sup Bunjut kat Belakang tu.Beralih pula kepada Turban. Tidak ada Istilah dalam Islam bahawa Kaum Hawa Sunat memakai Turban. Setahu ana la Turban ini cuma dipakai oleh Kaum adam sahaja. Walaupun pada Zahir dan luarannya ia menutup aurat ( rambut dan leher ) tetapi ia menampakkan bentuk telinga dan leher. So tidak menepati syarat Syarak dalam bab menutup aurat. wallahu'alam. Menutup Aurat yang selengkapnya ialah Melabuhkan Pakaian anda kerana ingin menutup Maruah anda dan Harta anda. Dan pakaian yang labuh itu tidak lah seketat atau yang boleh menampakkan bentuknya. tetapi pakaian yang labuh dan tebal itu lah yang sebaik2nya pakaian. dan Niat untuk menutup aurat mesti lah betol. bukan kerana fesyen atau sebahagiannya. Kita boleh mengambil contoh artis yang menutup aurat dengan sempurna, bagi pandangan ana la. Kita lihat Heliza Helmi. Indah sungguh dia menutup aurat. dengan menutup aurat juga kita bisa berfesyen. bukan tidak boleh berfesyen dalam Islam tetapi berpada2. Jangan terlalu Tabarujj ( berhias2 ) . Wallahu'alam. kalau ada salah fakta atau perkataan silap ketarakan komen anda ya. Syukr alaik kerana dapat meluangkan masa anda untuk membaca blog ana.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.