Sunday 30 December 2012

iLmu Lentera HiDup SeOrang MuSLiM

Hari ini ana nak menceritakan dan berkongsi ilmu dengan antum semua yang mana tajuk hari ini ialah *IlMu Penyuluh Budiman*. Dalam Hadith ada mengatakan bahawa : Ilmu itu Fardhu (Wajib) keatas orang2 Islam. Dan ada juga Pepatah Melayu mengatakan bahawa tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China. Ilmu ini umpama Lampu yang menerangi tempat yang gelap gelita. kalau kita memasuki tempat yang gelap gelita tanpa lampu, bisakah kita untuk meneruskan perjalanan kita dan mencari sesuatu? begitu juga ilmu, tanpa ilmu kita tidak boleh maju kehadapan. kalau Dunia ini tidak terkejar2 mencari ilmu, Tamadun baru tidak akan wujud dan mungkin kita akan menjadi orang kuno selama2nya~Oleh itu betapa pentingnya ilmu ini terhadap kehidupan kita dan tamadun kita. Oleh itu dalam ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Contoh iLmu Fardhu Ain ialah Ilmu Tauhid , Ilmu Feqh , Ilmu Sirah dan Sebagainya. dan Ilmu Fardhu Kifayah pula seperti Biologi , Addmath, Fizik dan sebagainya. Oleh itu Kita Wajib mengutamakan ilmu Fardhu Ain daripada Fardhu Kifayah. Bukan tidak boleh kita mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah bermaksud jika ada orang sudah menguasai ilmu tersebut tidak jatuh wajib keatas diri kita untuk menuntut ilmu tersebut. Ilmu Fardhu Ain ini adalah wajib. Kita Solat tapi Ilmu Tauhid takde.. ilmu tauhid ini ialah ilmu Ketuhanan yang mana kita mempeljari ilmu tersebut kita mengenali Allah lebih dalam :D Wallahu'alam. Sebab ape ana kata kita wajib mencari ilmu Fardhu ain? sebab dalam hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Man salaka Thoriqon yaltamisu fihi 'ilman , Sahalallahu lahu bihi Thoriqan ilal jannah. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dipermudahkan oleh Allah untuk menuju ke syurgaNya(Hadith Riwayat Muslim).. Allahu Allah. DEngan ilmu kita cari itu, Allah bukak jalan untuk masuk keSyurga.. Dan Ada hadith mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggal didalam majlis ilmu atau dalam menuntut ilmu itu adalah salah satu syahid kecil. Allah2. Mudah kan nak masuk Syurga tapi susah nak buatkan. Dalam Surah Al-Sof ayat dua Allah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Ingat, kita ada ilmu dan kita tahu akan kesalahan tersebut, tetapi kita menyuruh orang meninggalkannya tetapi kita melakukan. Ingat Allah benci akan perkara tersebut seperti mana Allah berfirman dalam surah Assof ayat 3 : Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.. Sodaqallahul 'Adzim. Ingatlah Wahai Orang2 yang beriman. tuntutlah ilmu sehingga antum masuk liang lahad.~ Kepada pelajar2 yang akan menduduki Peperiksaan Besar seperti SPM,STAM,STPM,PMR,UPSR,I'dadi,Thanawi dan sebagainya, Buatlah sehabis baik. Kita lihat pengorbanan Seorang Ulama tersohor iaitu Imam Syafie, bagaimana beliau menuntut ilmu. Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Hanafi .. seperti mana mereka semua itu menuntut ilmu, tidak seperti kita zaman sekrg ini~. Oleh itu cuba membahagiakan Keluarga kita dengan kejayaan yang kita kecapi ini. Akhir sekali, Ingat Ilmu itu adalah penghukum, Pengadil , Pengawal , Pelita . tetapi ilmu itu juga boleh memakan diri kita kembali jika kita tidak pandai menggunakannya.Tahun depan ana akan menduduki SPM . Oleh itu ana mengharapkan Doa2 daripada Antum supaya mendoakan kejayaan ana. Ana teringin nak bagi family ana gembira dengan kejayaan ana~. So Pray for me ya. InsyaAllah i will do the best! InsyaAllah. Wallahu'alam Assalamualaikum

Sahabat Seperti Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar

Hari ini ana nak berkongsi dengan antum semua tentang tajuk Sahabat biarlah Seperti Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar :D. Kita lihat ukhuwah antara Rasulullah S.A.W dgn saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu. Erat seEratnya. seperti Jasad dan Roh. Saidina Abu Bakar sanggup gadaikan Nyawanya demi Sahabat yang dia kasihi iaitu Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah dan Saidina Abu Bakar menyorok di dalam gua thur lalu Saidina Abu Bakar terlihat dalam lubang yang berada dalam gua itu ada ular. lalu Saidina Abu Bakar mengorbankan dirinya dengan menutup lubang itu dengan kaki itu lalu ular itu mematuk kaki S.Abu Bakar. lalu menitis air mata S.Abu Bakar dan menitik di pipi Rasulullah yang mana Baginda baring di atas riba S.Abu Bakar. Begitu Besar pengorbanan seorang sahabat. tapi Kita dengan Sahabat kita. Kita Tegur sahabat kita pown susah?. Kadang2 kita tegur sahabat kita. Dia anggap tegura kita tu sebagai bebanan dia. Sepatutnya kita bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sanggup memberi nasihat dan teguran dan sokongan kepada kita.Itulah Sahabat yang sebenar.. sanggup mendorong diri kita kepada jalan yang lurus bukan mendorong kita kepada jalan yang tak ade hasilnya.. Ingatlah tanpa sahabt kita tidak tahu diri kita siapa.~ dengan bersahabat, kita tahu salah kita, kita tahu siapa diri kita. dan Sahabat yang sejati ialah sahabat yang ada dikala sedih atau gembira, susah atau senang dan selalu menegur tentang kesalahan dan cuba memperbaiki segala kesilapan yg telah kita lakukan. Hargailah Sahabat kita selagi mana kita mempunyai dia~. Dan jangan kita berasa menyesal setelah kita kehilangan sahabat macam nie.. Sahabat seperti ini cuma ada 1 sahaja dan tidak akan kita temui lagi~. Ingatlah Bersahabat lah seperti Rasulullah S.A.W dengan Saidina Abu Bakar. Hadith Rasulullah bersabda : Sayangilah Shabat mu seperti mana kamu menyayangi dirimu sendiri. *Aku Syang Sahabat aku selamanya. ( Wan Kati , Hazim , Opi , Azhad , Zaim , Afiq , Ukasyah , Fikri , Beydoh dan Semua yang ku kenali :D * Nuraina Azman , Iffa , Ridzuan Syameer , Farhanah , Aisya Scha ,Nurul Farhana , Syarifudin :D *

Monday 24 December 2012

Turban dan Bonggol Unta Kaum Hawa :D

Hari ini ana nak membincangkan perihal kaum wanita yang suka memakai bonggol Unta dan Turban yang mana menjadi trend atau style pada era sekarang.Pada Zahirnya memang kita lihat pakaian itu menutup aurat. Tetapi adakah ia menutup aurat dengan selengkapnya yang dikehendaki Syariat Islam ?. Okey ana cerita tentang Bonggol Unta dahulu. Dalam Hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang berbonggol unta tidak akan bau syurga. Wallahu'alam.Kita menutup aurat ini kerana siapa? kalau tidak bukan lagi kerana Allah kan. tetapi kadang kala kita menutup aurat ni sebab ikut trend atau ikut style. Memang ada yang mengatakan bahawa Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. tetapi jikalau trend itu dah lapok, mungkin dia akan beralih kepada trend yang lain . So dekat sini konsep dia adalah tidak istiqomah dalam amalannya. Bonggol unta ini sudah ada pada Zaman jahiliah lagi. So Betul juga Hadith Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Zaman Jahiliah akan muncul pada Akhir Zaman kelak. Wallahu'alam. Kalau nak tengokkan Bonggol unta ini bukannya lawa bebenar pown. Macam buat benda tak berfaedah je. Nak menunjukkan bahawa kita ada Sup Bunjut kat Belakang tu.Beralih pula kepada Turban. Tidak ada Istilah dalam Islam bahawa Kaum Hawa Sunat memakai Turban. Setahu ana la Turban ini cuma dipakai oleh Kaum adam sahaja. Walaupun pada Zahir dan luarannya ia menutup aurat ( rambut dan leher ) tetapi ia menampakkan bentuk telinga dan leher. So tidak menepati syarat Syarak dalam bab menutup aurat. wallahu'alam. Menutup Aurat yang selengkapnya ialah Melabuhkan Pakaian anda kerana ingin menutup Maruah anda dan Harta anda. Dan pakaian yang labuh itu tidak lah seketat atau yang boleh menampakkan bentuknya. tetapi pakaian yang labuh dan tebal itu lah yang sebaik2nya pakaian. dan Niat untuk menutup aurat mesti lah betol. bukan kerana fesyen atau sebahagiannya. Kita boleh mengambil contoh artis yang menutup aurat dengan sempurna, bagi pandangan ana la. Kita lihat Heliza Helmi. Indah sungguh dia menutup aurat. dengan menutup aurat juga kita bisa berfesyen. bukan tidak boleh berfesyen dalam Islam tetapi berpada2. Jangan terlalu Tabarujj ( berhias2 ) . Wallahu'alam. kalau ada salah fakta atau perkataan silap ketarakan komen anda ya. Syukr alaik kerana dapat meluangkan masa anda untuk membaca blog ana.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Tuesday 6 November 2012

huh?~~. Baru cuti sekejap dah rasa teramat rindu akan sahabat2 di sekolah Madrasah Idrisiah. huhu.. tak taw la.. rasa menyesal pown ada ambik cuti awal. coz time 1 minggu ni bukan blajaq pown. so boleh sembang2 dan ngarot2 ngan kawan2. tapi aku tersalah pilih. aku pilih duk umah sebab fikirnya boleh tolong mak atau main facebook, tp nampak gayanya pandangan aku salah. aku rasa lebih baik pi dok asrama drpd dok umah, sebab aq dok umah senyap je macam takde mulut sebab takde kawan nak sembang , takde kawan nak ngarot2.. hrm T_T. rindu rr kat korang ... serious.. so Sabtu ni taktaw rr bape ramai sahabat2 gi kenduri Ustazh Mashitah nie.. harap2 ramai rr.. terubat jugak rindu nie kalau bertemu dengan mereka. T_T.. serious weii aku rindu gila kat korang.. baru cuti 4 hari dah rindu gila. blom lagi abis skolah.. hrmm camne erk.. kalau abis skolah.. mesti rindu terindu2 gila.. nak tidur bersama, nak main bersama, nak kutuk2 bersama, nak makan bersama, nak merasa derita bersama, nak rasa kegembiraan bersama,nak riuh bersama,nak gelak ketawa bersama, nak kongsi pengalaman bersama. macam2 la kalau dok asrama nie.. mesti ada yang manis diantara kami.. aq rasa la..batch kita nie batch yang terbaek kowt.. ntah la.. ye la.. hubungan ukhuwah kuat.. hrm.. serious aku nak ulang balek.. aku rindu gila kat korang!!!.. MISS SAHABAT2 AKU!!! T_T

Sunday 4 November 2012

huh.. lama juga aq tak post kat blog ni~ huhu dah bape bulan dah.. rasanye 11 bulan dah tak silap aku la.. hrm. asalnye ada lagi 1 minggu skolah tapi aku malas skolah sbb bukan blajar pown, n satu lagi dah la kena pakai uniform skolah. huhu. sejujurnye aku memang tak ske pakai uniform skolah. aq rasa rimas :D .. minggu depan 10/11/12 ustazh ksygn aku kawin :D Ustazah Mashitah Binti Abdul Halim. Ucapan tahniah kepadanya :D moga2 hubungan mereka diberkati Allah S.W.T dan kekal hingga ke anak cucu cicik. :D. cadangnye 11/11/12 tu aku nak gi KL sebab nak gi Zawiyah Kat Kl tu .. nak merasa join majlis zikir disana tapi apakan daya. aku ni bukannye orang kaya pown. tapi aku memang teringin sangat2 nak pi sana.. huh! :'( .. ntah la. tak taw la macam mane .. skrg aku sakit.. tiba2 je ada somethings kat badan aku. rasa derita gak :'( tapi aku berpegang kepada ayat Al-Baqarah " Laayukallifullahu nafsan illa us`aha " .. (Tidaklah Allah itu memberi dugaan dan cobaan kepada kita melainkan kita mampu untuk mengharunginye) hrm. okey la nnt aq post lagi :P Assalamualaikum.. dan nasihat lagi satu .. perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma Solli `Ala Saidina Muhammad :D

Saturday 4 February 2012

Rombongan Kenduri ~~



4/2 tarikh yang dinanti-nantikan oleh kami ( aku , Azhad , Zaim , Hazim n Wan kati ).. mungkin pada hari itu hari yang terakhir kita jumpa tetapi tak bermakna berakhirnya persahabtan itu. maksud aku sebab cuti MRSM tak sama ngan cuti skolah lain kan.. so maybe susah dah nak jumpa.. tapi yang aku keciannya kat Zaim.. dia takdapat nak follow coz dia ada kat kelantan.. aku tau dia memang nak datang tapi apakan daya~ tapi kat umah hazim tu pergh.. meriah gila.. sebelum pergi rumah hazim.. kami semua pegi rumah Ridzuan dulu coz nak tunggu azhad datang.. so ape lagi kami posing abis kat rumah ridzuan.. tapi gambar kat rumah ridzuan tu tak masuk lagi ngah tunggu Hazim nie.. tapi gambar kat rumah Hazim ada rr.. memang meriah la.. dan itu semua akan menjadi kenangan.. ingat nnt kalau ada kenduri kat umah aku.. aku nak semua kawan2 aku datang okey!! ...tapi aku rasa bahagia sgt kerana aku ngan team aku dapat berkumpul semula~ hrm..


dari Kiri : Hazim , Azhad , Aku , Wan Kati..~~ Best Friends Forever n Ever~~


Waa Hazim bagi cokelat! hahah.. sedap2.. walaupun ada cokelat gingseng! hahah..


Perghh sedap gile makan kat umah Hazim>!! tambah2 ayam tu.. sedap gile.. rasa nak tambah tapi malu! hahaha...


Ha. time nie nak blek dah.. so kami ambik kenangan di rumah hazim sebelum berangkat pulang.~ hrm.. best kowt time nie! hrm.. but dah jd kenangan kan~


time nie dah nak balik.. Wan kati balek dgn Azhad coz barang azhad ada kat rumah Wan kati. huhu.. lepas tu faiz,luqman,amir,iman,karim pergi JJ . aku , alif n ridzuan tak pergi.. aku x pergi coz letih kowt..~~


Sahabat Selamanya.. Walaupun terkena badai, walaupun dipisahkan 100 negara pown kami tetap bersama.. haha.. BEST FRIENDS FOREVER N EVER!!~~ <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Friday 27 January 2012

Terpisah 2 Benua~



SUDAH MENJADI LUMRAH HIDUP "SETIAP PERTEMUAN MESTI ADA PERPISAHAN" . SEKARANG RAMAI TEMAN2 AKU DAH PINDAH.. TAMBAH2 LAGI SAHABAT AKU BUKAN SAHABAT SAHAJA TAPI KAWAN HIDUP SEMATI AKU DAH PINDAH IAITU AZHAD & HAZIM!! WEI KORANG AKU N WAN KATI RINDU GILA KAT KORANG.. AKU N WAN KATI TAK LARAT NAK NANGIS DAH !!... ASYIK2 TERINGAT KAT KORANG JE.. AKU SELALU TERINGAT SELEPAS SOLAT ASAR KITA SELALU WAT USRAH KAN!! TAK PERGI MAIN JUST KITA SEMBANG2 N GOSSIP!.. START KORANG TAKDE.. TAKDE DAH GEDIK2 KORANG.. RINDU LA KAT HAZIM.. TAMBAH2 LAGI TIME KITA NYANYI LAGU KASANOVA TU.!! HAHA.. CAMNE AKU NAK BLAJAR NNT .. KO TAKDE DAH SEBELAH AKU!! SEDIH.. MESTI TERINGAT KAT KORANG.. WEI WAN KATI ASYIK RINDU KAT KO JE HAZIM.. AZHAD JUGA.. KAMI RINDU KORANG!.. TAKDE DAH TEAM ANAK DARA..HA3.. HAHAH.. WEI RINDU GILE2 KAT KORANG.. INGAT WALAUPUN KITA DIPISAHKAN 10 BENUA SEKALI POWN KITA TETAP BERSAHABAT.. UKHUWAH KITA TETAP UTUH LAGI KUKUH~~... HARAP SEGALA KENANGAN MANIS N PAHIT KITA BERSAMA AKAN BERKEKALAN DI DALAM INGATKAN KITA MASING2.. INGAT KORANG.. JGN LUPA PLAK DAH PINDAH TU RAJIN2 LA LAWAT IDRISIAH!!.... INGAT HAZIM N AZHAD.>!!.. AKU SAYANG KORANG SEMUA.. AKU SAYANG SAHABAT AKU N TEMAN2 KARIB AKU.. AZHAD,HAZIM,WAN KATI , ZAIM , ZATY , FANA

haha wan wan!!..

rindu kaw la hazim ... !!


bila lagi kita nak bergurau2 n gelak tawa??


senyumanmu menjadi kenanganku~


kenangan kita bersama terjalin hingga akhir hayat!~


sahabtku selamanya~ jgn bersedih ya..


senyuman mu itu sungguh bermakna bagiku~..


kenangan itu adalah manis jika ia disimpan dengan elok


kumpulan ini kumpulan selamanya!! ingat.. kita kawan selamanya~


hrm.. walaupun gambar ini memalukan aku,, tapi ia menjadi kenangan kita berdua kan azhad..


kawan dan sahabat berbeza maknanya~~..


biarpun 2 Benua memisahkan kita , biarpun atomik bom memusnahkan kita , biarpun opah jin merasuk kita tetapi ingat hanya ajal dan maut yang bisa memisahkan kita~.. insyaAllah persahabtan kita ini akan berkekalan hingga nafas terakhir kita.. ingat.. jumpa jangn lupa malu nak tegur .. calling jangan lupa angkat.. ingat dpt kawan baru jgn lupa kita nie.. sahabat selamanya!... ingat SAHABAT SELAmANYA!!... Khas untuk korang Azhad , Wan Kati , n Hazim

Saturday 7 January 2012

~~Kerajaan Madid We will Back~~ huhuhu



9/1 bermulanya pendaftaran Tingkatan 4 bagi Pelajar Madrasah Idrisiah ( MADID ) . wah wah mula2 memang tak sabar2 nak gi skolah . bila je nak skolah rasa malas plak nak gi skolah~ huhu biasa la adat pelajar macam tu~ time skolah nak cuti, time cuti nak skolah huhu pening2.. but the way aku mmg tak sbar2 nak jumpa teman2 aku.. walaupun ramai yang pindah / berhenti. Persiapan skolah haprak aku tak buat ape2 persiapan pown.. baju pown tak gosok lagi , seluar sekolah baru beli smlm , peralatan mandi semua tak beli. perghh nnt kat skolah nnt mesti rasa rindu kat family coz kita dah lama duduk bersama mereka~ tiba2 kena tinggal kan mereka plak.. haha.. dengar khabar peraturan ketat, time aku pergi haritu tiada perubahan pown~.. huhu pelik2.. maybe just khabar angin je or just dak putri je peraturan ketat~ .. haha.. tapi ramai rr kawan2 aku pindah tu sedey tu~ haha.. mesti suasana suram je~ riuh riuh takde dah..sedih =(


biarlah ia menjadi kenangan abadi~ haha.. jgn sedey bro!! watlek!! sude~~.. nnt yang pindah2 tu jangan lupa kami kat sini ye~ aku pown tak confirm lagi nak stay or tak coz 28/2 nie aku dapat Sultan Azlan Shah ( SMKASAS ). kalau aku rasa sayang kat kawan2 aku .. aku stay r hehe.


walaupun mereka takde.. kami disini tetap teruskan perjuangan kami disini~ haha.. jgn lupa yang pindah / berhenti tu jengok2 n singgah sini.. dpt kawan baru jgn lupa kawan lama~ haha..



Kami Sahabat Selamanya~ Sorry Azhad takde gambar ko dlm nie~~~ tak lupa juga pada Zaim~ huhu




Tinggal Kenangan Sahaja~


Huhuhu.~~ Muka2 yang Ceria lagi Gembira ~ De Best Friends =))


Wah Wah.. generasi yang akan membangunkan negara dengan Jayanya~ haha.. Team Taik Lembu~ haha aku tak termasuk okey~ korang je :))


Team Mamak Rahmaniah~ Diketuai Oleh Ali Husin Abdullah via Fixie~
Di iringi oleh Guru Yang tercinta lagi tersayang iaitu Cikgu Nazri Baharuddin. (sory klo silap eja )... Bila la lagi kita boleh begini ye?... tingin kowt situasi macam nie~ pengen bangat lol!! :)) tetapi semuanya SUDAH JADI KENANGAN ABADI~~ BIARLAH RAHSIA~~

Sunday 1 January 2012

~~Ikhlas Dari Hati ke Hati ~~



Pergi ke pekan membeli ikan,
Resit pembelian itu menjadi bukti,
3/1/2008 bermulanya perkenalan,
Zaim,izzat penjaga orentasi,

Ikan selama ikan tenggiri,
Manakan sama ikan gelama,
apabila tamat sahaja orentasi,
bermulanya kisah tentang kita,

Mencari Emas amatlah payah,
sudah ketemu teramat gembira,
Khaldun Sina Rushd dan Taimiyah,
Menuntut ilmu mencari kerjaya,

Hang Tuah Dan Hang Lekir,
Bergabung tenaga memikat Zaitun,
Nama diberi Faiz Zamir,
Menjadi Bapa kelas Khaldun,

Ustaz Azhar hebat ilmu feqh,
menyebar dakwah di dunia fana,
kami lantik meor rifaat bin meor rafeq,
menjadi ketua dalam ibnu sina,

Dato` Nik Aziz tok guru kami,
Ulama` tersohor pada ini zaman,
awok gemor kat amirul syahmi,
ketua ibnu rush menjadi pilihan,

Kita dikurniakan otak dan akal,
wajib taat ibu dan ayah,
insan ini bernama haikal,
menjadi tulang kelas taimiyah,

~Bersambung yang akan datang~~