Thursday 26 December 2013

Amalan Baik?. Cukup Baik ke?

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah kerana Kita masih lagi hidup dan merasakan nikmat-2 yang tak terhingga iaitu 2 nikmat yng paling besar. nikmat Islam dan Iman. Panjatkan kalimah-2 pujian kepada Rabbul Jalil kerana Dia memberi Oksigen kepada kita. Dengan Oksigen itu kita dapat beribadah dan bertaubat kepadaNya. Okey, Harini Tajukny Amalan Baik?. Cukup Baik Ke?. Kita fikir-2 kan lah.. Rasulullah Bersabda dalam Hadith Baginda. Apabila orang berilmu ( Alim Ulama ) itu Mati, dialah yang akan masuk syurga dahulu, apabila ditimbang amalan Ahli Syuhada dengan Ahli Alim Ulama, Amalan Ahli Alim Ulama lebih Berat lagi daripada Ahli Syuhada. Lalu Ahli Syuhada berdoa kepada Allah supaya hidupkan kembali untuk mereka menjadi orang ahli alim ulama. Tetapi Ahli Alim Ulama lah yang pertama akan masuk Neraka jika mereka tidak melaksanakan Amanah Ilmu Mereka dengan sebaiknya. Wallahu'alam. Allah bertanya kepada Ulama. "Apa kamu buat didunia?" Ulama menjawab " Aku menyebarkan dakwah dan ilmu kepada sekalian Manusia ya Allah" Allah berkata " Kamu tipu!! Kamu melakukan semua itu hanya untuk mendapat nama dan pangkat dan ingin manusia mengatakan bahawa kamu orang yang hebat. Maka Manusia pun sudah berkata padamu begitu". Lalu Allah Memerintahkan Malaikat mengheret Ulama ini ke neraka. Allah bertanya kepada Syuhada'. " Apa Kamu buat didunia?" Syuhada menjawab " Aku berjihad dijalan Engkau Ya Allah". Allah berkata " Kamu Tipu!!, Kamu melakukan ini kerana kamu ingin manusia mengatakan bahawa kamu seorang yang gagah dan hebat" Allah merintahkan Malaikat untuk heret Syuhada ini ke Neraka. Allah bertanya kepada Ahli sedeqah. " Apa Kamu Buat didunia? " Ahli Sedeqah menjawab " Aku bersedeqah untuk Engkau Ya Allah ". Allah berkata " Kamu Tipu!!, Kamu melakukan ini kerana ingin manusia mengatakan bahawa kamu orang yang baik dan kaya". Allah memerintahkan Malaikat heret ahli Sedeqah ini. (Allah berfirman didalam Al-Quranul Karim Mafhumnya:Jika mahu mendekatiku Maka lakukanlah Amalan Soleh dan janganlah Engkau mensyirikkan Aku didalam Amalan mu.) . *Kesimpulannya : Kita beramal dalam suatu amalan mesti niat ikhlas kerana Allah SWT....

Friday 7 June 2013

Galaksi?Melodi?Terjah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Alhamdulillah wabihi nasta'in Wassolatu wassalam 'Ala Sayidi Mursalin Muhammad Ibni Abdillah. Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad.!! Hari ini ana mahu/nak kongsi bersama antum/antunna. Antum/antunna rasa setuju ke dengan pogram realiti seperti Melodi/Galaksi/Terjah. Pogram ini seperti membuka aib orang, jaga tepi kain orang~ cari-2 kesalahan orang. Melaga-2 kan orang yang sedang bergaduh. Dalam al-Quran Allah dah larang kepada seluruh manusia yang beragama Islam. Jangan mencari-2 kesalahan orang. " Wala Tajassasu " ( jangan mencari-2 kesalahan orang ).perkataan "LA" itu Jangan.. Larangan daripada Allah. kalau antum/antunna buat.. antum/antunna dan melanggar perintah dan larangan Allah. Oleh itu ana sebulat suara. Seluruh hati ana inginkan pogram-2 seperti itu perlu dihapuskan dengan segera agar tidak ada lagi Umpatan dan "Gosip-2" lagi. Rasulullah dah kata "Barangsiapa yang berada didalam majlis umpatan atau Gossip-2 maka hendaklah dye lari drpd tempat itu" betapa hinanya orang yang gossip atau mengumpat ini. cuba wujudkan pogram-2 realiti yang berunsurkan Islamik. mahukan Negara ini dilindungi rahmat Allah tetapi isi dalam negara ini pon terumbang-ambing. Dengan Pemimpinnya. ( semua pemimpin tak kira dari puak mana-2 pun sama je ). Dengan Rakyat nya.. Marilah kita menuju ke Siratummustaqim. untuk menggapai maradhatillah :D InsyaAllah. Jazakillahu Khairan Kathira dibuatkan kepada pengunjung-2 yang sudi meluangkan masa untuk membaca apa yang ana kongsikan :D. Ingat Majlis ilmu itu ada dimana-2 sahaja Rasulullah Kata. Jika kamu nampak taman-2 Syurga maka singgah la. Subhanallah..!! Majlis ilmu itu adalah taman syurga Rasulullah kata.. :')

Thursday 6 June 2013

Mati Itu Pasti? Betol ke.. ??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. Alhamdulillah Wassolatuwassalam 'Ala Rasulil Amin Saidina Muhammad Ibni Abdillah.Bersyukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar lagi bugar walaupun telah dicemar oleh manusia-2 yang tidak bertanggungjawab..Hari ini Ana nak bincang sedikit tentang Mati.?. Mati itu Pasti ke?. Betol ke?. Jawapannya Pasti. ape buktinya. Kalau Allah tidak mematikan manusia dimuka bumi ini.. daripada zaman Nabi Adam A.S sampai lah sekarang. Rasanyalah Muat tak bumi ini?. Dengan Kaum 'Ad dan Thamud nya. Kaum Lutnya lagi. Ada Hikmah Allah Cipta konsep Mati ini. Mati maksudnya terpisahnya roh daripada jasad dan terputusnya manusia daripada menghirup oksigen yang Allah kurniakan kepada kita.Allah telah berfirman Dalam Al-Quran : "Kullu Nafsin Zaaiqotul Maut" Maksudnya "Semua Yang bernyawa PASTI akan merasai Mati"... Maksud Semua yang bernyawa tak kira la Manusia ke Haiwan ke Tumbuh2an ke. pasti akan mati.. tetapi dengan cara yang berbeza.. Dalam Doa, selalu kita panjatkan "Allahummakhtimlana Bihusnil Khotimah Wala Takhtim 'Alaina Bi Suk il Khotimah" Maksudnya " Ya Allah Tamatkanlah kami dalam penamatan yang baik dan jangan Engkau Tamatkan keatas kami dengan penamat yng buruk.". Macam mana nak dapat kematian yang baik?. dan macam mana nak dapat kematian yang buruk?.. Kematian yang Baik senang je.. Buat Apa Yang Allah suruh dan Tinggal Apa Yang Allah larang... Kematian yang buruk lagi senang dan mudah n Happy je .. Buat ape yang Allah Larang.. mesti best kan.. dan Jangan buat ape yang Allah suruh. Ini Ramai Manusia yang buat.. Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.. Mereka tahu mereka akan mati. Kerana Allah sedarkan mereka dengan pelbagai Petanda seperti getaran di perut dan sebagainya. Mati.. Kita takboleh lari dengan kematian.. Rasulullah S.A.W pun telah meninggalkan kita. Sebelum kita mati, kita akan tempuh dahulu Sakaratul Maut.Kamu beriman ke kamu jahat ke.. Sakaratul Maut itu Amat Pedih.. Ketika Rasulullah dalam Sakaratul Maut. memercik peluh Baginda, Mengalir Air mata Baginda. Bagaikan Ditusuk dengan Pedang yang Tajam. Allah...!.. Akhir Sekali Bagi pembincangan kita kali ini ialah.. Kalau kita mahukan Husnul Khotimah ( Kematian yang baik ) maka Ikutilah Apa yang Allah Suruh dan Tinggal Apa yang Allah larang. Tapi kalau nak Suk Khotimah ( Kematian yang Burul ) Maka buatlah sebaliknya. Wa astaghfirullahi li walakum Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Monday 25 March 2013

Cintakah Kita Kepada Rasulullah S.A.W??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Kaifahalukum?. Alhamdulillah Ana bikhair. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya kita dapat lagi hidup didunia yang fana' dan dapat lagi hirup O2 ( oksigen ) yang segar lagi bugar. Okey hari ini ana sembang2 atau berkongsi ilmu tentang Tahap Cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W Adalah Manusia yang terbaek lagi Sempurna dimuka bumi ini yang diangkat Maqamnya dan Darjatnya Sebagai Kekasih Allah / Habibullah~ Subhanallah~. Baginda juga sebagai Maulana bagi umat akhir zaman. Perjuangan Baginda amat dahsyat dan amat disanjungi Para pelusuk bumi. Baginda menyampaikan Agama Allah S.W.T tanpa rasa letih dan jemu bahkan tidak rasa putus asa walau Baginda dilontar batu, Dilempar Tahi Haiwan, Baginda tetap tabah bahkan Baginda Mendoakan agar Penduduk Taif itu diberi Hidayah. Kalau kita dah lama kita doakan Laknat la , Hancur lah ape la. Tetapi Rasulullah berhati mulia Subhanallah~.. Sungguh besar hati Baginda terhadap umatnya. Okey itu Pembuka kata. Cinta kita kepada Rasulullah S.A.W?. Adakah seluas Laut yang terbentang dimuka bumi ini?. Selebar daratan yang terdampar di muka bumi ini?. Setitik air mata?. Cuba kita fikir sejenak?.. Adakah kita berasa cukup dengan Mendendangkan, Melaungkan , Mengalunkan Ya Hanana itu membuat cinta kita sudah ditahap yang tinggi??. Ana rasa tidak!! Selagi kita tidak mengikuti apa yang Baginda Suruh, Dan Tinggal Ape Yang Baginda larang, kita tidak dikatakan mencintai Baginda Sepenuhnya. Sebut je Ya Hanana tapi masih lagi menentang Allah, Masih lagi menentang Rasulullah. Membenci ape yang Rasulullah bawa kepada kita?.. Kita cuma Mengatakan Ya Hanana sahaja tapi hati tidak pernah turut sekali. Mulut sahaja yang berkata2 tapi hati mencemuh. Apabila kita Cinta kepada Rasulullah S.A.W , kita akan lakukan apa sahaja yang Rasulullah lakukan. Kita Cinta Kepada Rasulullah S.A.W Kita ikuti Sunnahnya, ikuti Akhlaknya.. Ikuti Dakwahnya, Ikuti Cara hidupnya.. Barulah dikatakan Cinta Kepada Rasulullah. Ada kisah seorang lelaki bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, kenapa engkau berpaling daripada melihatku?" lalu Rasulullah S.A.W menjawab " Siapakah engkau?". lelaki ini balas kembali " Aku adalah Umatmu ". Rasulullah menjawab " Umat aku cumalah berselawat keatasku 300kali sehari" .. Lihat kisah diatas. sehari kalau kita tidak selawat sebanyak 300 kali, Rasulullah S.A.W tidak mengenali kita. Kalau tidak mampu. Selawatlah sekadar kita mampu. Jangan kita tidak berselawat keatas Baginda dalam seharipun.~ Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad!!

Saturday 2 February 2013

Takda Ilmu tapi Berlagak Banyak Ilmu. >.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Kaifahalukum?. Alhamdulillah Ana bikhair. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya kita dapat lagi hidup didunia yang fana' dan dapat lagi hirup O2 ( oksigen ) yang segar lagi bugar. Okey hari ini ana sembang2 atau berkongsi ilmu tentang orang yang berlagak ada ilmu banyak atau lebih tepat lagi suka condem orang lain. Okey ada seorang nie yang berlagak banyak ilmu. dah la berlagak lepas tu sombong plak tu merendah2kan orang lain. Nama dye dirahsiakan. Pada suatu hari lelaki ini datang kat skolah ana dan bagi tazkirah. So dye cerita la serba sedikit ilmu yang dia ada. ketika dye cerita/tazkirah, tak tahu la dia sedar atau tidak sedar sedang menghina sunnah Rasulullah S.A.W. Dia kata begini " Tak payah pakai serban yang besor macam tayar vespa tu, pakai serban ala kadar je." ada ke patut dia kata begitu?. Kita tahu ke Serban Rasulullah itu besar mana kerana dalam Kitab Syamail Muhammad ada mengatakan serban Rasulullah S.A.W itu sepanjang 12 hasta,21 Hasta wallahu'alam. Kita tengok pula Ulama tersohor iaitu Imam Syafie.ketka beliau menyeberang padang pasir, ketika itu beliau memakai serban besar.Serban Besar ini banyak kelebihannya. bukan serban kecik itu tak ada kelebihannya. samaje just ada advantages dia kat situ. So sebelum kita nak cakap satu benda, sila guna akal yang baik bukan guna lutut. lepas tu dia cakap yang sedara dye macam Pak Syeikh, Janggut panjang kebawah tapi anaknya tak tutup aurat.?. boleh ke kita condem orang macam tu. Wahai Saudara2 Saudari2 ana yang dikasihi lagi disayangi Allah, Iman itu tidak boleh diwarisi dan tidak boleh di kongsi. Kalau dye kata sebegitu, nampak sangat dye tidak baca sirah Nabi2 terdahulu. Kita lihat pada Zaman Nabi Nuh A.S. Baginda berdakwah selama 900 tahun tapi hanya sedikit sahaja pengikutnya. Isteri Baginda dan anak Baginda juga tidak turut sama menyertai Agama Allah. Itu Nabi. Kita ni manusia. So Tak perlulah kita condem2 orang sebegitu.Okeylah setakat itu sahaja ana mahu kongsi bersama antum, jika ada salah info atau maklumat atau ada yang silap sila tegur ye. Yang Baik itu Datang Dari Allah , Yang buruk itu datang daripada Ana sendiri.Wallahu'alam Ana akhiri dengan 2 rangkap pantun. Kerana Pulut Santan Tersepai, Kerana Mulut Aqidah Tergadai. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.!! Syukran Keatas kesudian antum membacanya :D

Friday 1 February 2013

Kawan Jenis Apakah Aku ini??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Hari ini ana nak cerita tentang masalah ana sahaja, maaf takde ilmu yang nak dik0ngsikan cuman nak kongsi masalah ana ngan antum semua. Antum ada kawan yang antum anggap sebagai bestfriend antum tapi kawan antum tu tak anggap antum nie sebagai kawan dye. Antum buat baik dengan kawan antum nie tapi dye cuma mengambil kesempatan sahaja keatas diri antum?. Ape Perasaan Antum?. Waktu kawan dye minta tolong temankan pergi ambil buku, dye temankan sambil sembang2 ngan kwan dye tapi time antum ajak dye teman , dye teman tapi macam segan je nak teman?.Ape Perasaan antum. ana bukan ape. just nak ckp skit .. ana sedih gak sebab kawan ana nie cuba amik kesempatan keatas ana. time susah baru nak cari contohnya kekusutan duit atau ada masalah besar. tapi time senang macam tak wujud je ana nie. aritu ana ajak dye teman ana gi amik buku kat kelas. tapi dye macam nak taknak je teman, kalau teman mesti rr jalan sekali tapi ni berasing. Malu ke nak teman ana?. Takut orang kata "Jambu"??... Manusia ni mulut takley nak tutup. ada je yang tak betul kat mata mereka. time tu ana rasa kesal gak dye buat macam tu kat ana. Kalau dye malu nak berkawan ngan ana. ana tak kesah just gtaw je kat ana.. tapi nie time orang ramai ada di sekeliling, tak tegur n tak sembang. sembang pown nak taknak je. tp time takde orang baru nak sembang. macam segan je nak sembang ngan ana di khalayak ramai. Takut digelar JAMBU la tu. Ana tak kesah pown. Memang Susah nak cari Kawan yang sebenar2 nak kawan ngan kita. Susah nak cari kawan time senang or susah dye ada untuk kita.. 1 dlm 100000000 orang kat dunia nie.. so Kena nilai dulu kawan nie. sepertimana "LukmanulHakim kata: Kalau anda nak cari sahabat sejati, duduk dengan dye selama 3 hari dan cuba bagi dye marah, tengok dye boleh tak tahan marah dye dengan kerenah kita, kalau tdak boleh , tinggalkan sahaja" . Oleh itu Jalinkan Hubungan Silaturrahim anda Lillahi Taala. Barangsiapa yang memutuskan Silaturrahim, maka Doanya tidak akan diterima Allah. Barangsiapa yang menyatukan dan menghubungkan Silaturrahim mereka, maka umur mereka akan dipanjangkan insyaAllah. Wallahu'alam. Syukran kerana dapat berkongsi masalah dan dengar cerita ana nie. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh. :D

Friday 18 January 2013

Dakwah Bukan Mudah Tetapi?

Dakwah?. Kita slalu kata Dakwah ini kerja Ustaz,Ustazah, Ulamak dan sebagainya. Sebenarnya Dakwah ini adalah untuk semua umat yang Bergelar Islam yang Beriman Dengan Allah dan RasulNya.Dakwah ini sebenarnya Tugas Para Rasul dan Kita sebagai umatnya cuma menyambung sahaja tugas mereka.Kalau bukan kita, siapa lagi?. kalau bukan kita yang mulakan?Macam mana Islam nak berkembang. Kalau nak tunggu diri ini perfect atau sempurna baru nak tegur or dakwah orang, susahlah Islam itu nak berkembang. Memang Seorang Pendakwah mesti mempunyai akhlak yang baik. tetapi tak semestinya orang jahat takley tegur or dakwah kerana dengan memberi teguran itu, sebenarnya dia sedang memberi teguran kepada dirinya sendiri kerana telinga sape yang paling dekat dengan mulut yang memberi teguran dan dakwah itu kalau bukan si pendakwah itu sendiri.Orang baik mahupun jahat pon boleh bagi teguran. tak salah. tetapi Dalam ayat Al-Quran mengatakan bahawa Dakwah mesti dengan hikmah kerana manusia ini mahukan dakwah dengan kelembutan dan kecintaan. Kita nak dakwah dan tegur orang ada step by step dia. bukan main dakwah n tegur je. nnt jadi lain pula. Ada pepatah kata : Orang yang menegur diri kita di khalayak ramai,itu bukan menegur kita tetapi sedang menghina diri kita dan Orang yang menegur diri kita secara senyap2, itulah orang yang sebenar2nya menegur kita.So dalam dakwah dan tegur pown ada caranya tersendiri. kita kena belajar. menuntut ilmu dahulu. :D. Dakwah ini bukan mudah Tetapi Ganjaran di Sisi Allah itu amatlah besar. Ingat Allah tak tengok keberhasilan Dakwah itu tetapi Allah tengok usaha dakwah itu. seperti mana kita tengok Nabi Allah Nuh A.S. Baginda berdakwah selama 900 tahun tetapi cuma sedikit sahaja yang menerima Agama Allah itu. Isteri dan anak Baginda pown tidak menerima. Tengok Rasulullah Muhammad (S). ketika baginda berdakwah, orang musyirikin mekah dan penduduk Toif menghina Baginda, melemparkan najis dan batu bata terhadap baginda. tetapi baginda tabah menghadapinya. kerana itu adalah tugas dan tanggungjawab yang dikurniakan oleh Allah untuk menyampaikan kepada makhluk Sekalian Alam. Jangan berputus asa untuk berdakwah kerana Allah sentiasa orang yang melakukan kebaikan. Wallahu'alam. Assalamualaikum