Monday, 25 March 2013

Cintakah Kita Kepada Rasulullah S.A.W??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Kaifahalukum?. Alhamdulillah Ana bikhair. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya kita dapat lagi hidup didunia yang fana' dan dapat lagi hirup O2 ( oksigen ) yang segar lagi bugar. Okey hari ini ana sembang2 atau berkongsi ilmu tentang Tahap Cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W Adalah Manusia yang terbaek lagi Sempurna dimuka bumi ini yang diangkat Maqamnya dan Darjatnya Sebagai Kekasih Allah / Habibullah~ Subhanallah~. Baginda juga sebagai Maulana bagi umat akhir zaman. Perjuangan Baginda amat dahsyat dan amat disanjungi Para pelusuk bumi. Baginda menyampaikan Agama Allah S.W.T tanpa rasa letih dan jemu bahkan tidak rasa putus asa walau Baginda dilontar batu, Dilempar Tahi Haiwan, Baginda tetap tabah bahkan Baginda Mendoakan agar Penduduk Taif itu diberi Hidayah. Kalau kita dah lama kita doakan Laknat la , Hancur lah ape la. Tetapi Rasulullah berhati mulia Subhanallah~.. Sungguh besar hati Baginda terhadap umatnya. Okey itu Pembuka kata. Cinta kita kepada Rasulullah S.A.W?. Adakah seluas Laut yang terbentang dimuka bumi ini?. Selebar daratan yang terdampar di muka bumi ini?. Setitik air mata?. Cuba kita fikir sejenak?.. Adakah kita berasa cukup dengan Mendendangkan, Melaungkan , Mengalunkan Ya Hanana itu membuat cinta kita sudah ditahap yang tinggi??. Ana rasa tidak!! Selagi kita tidak mengikuti apa yang Baginda Suruh, Dan Tinggal Ape Yang Baginda larang, kita tidak dikatakan mencintai Baginda Sepenuhnya. Sebut je Ya Hanana tapi masih lagi menentang Allah, Masih lagi menentang Rasulullah. Membenci ape yang Rasulullah bawa kepada kita?.. Kita cuma Mengatakan Ya Hanana sahaja tapi hati tidak pernah turut sekali. Mulut sahaja yang berkata2 tapi hati mencemuh. Apabila kita Cinta kepada Rasulullah S.A.W , kita akan lakukan apa sahaja yang Rasulullah lakukan. Kita Cinta Kepada Rasulullah S.A.W Kita ikuti Sunnahnya, ikuti Akhlaknya.. Ikuti Dakwahnya, Ikuti Cara hidupnya.. Barulah dikatakan Cinta Kepada Rasulullah. Ada kisah seorang lelaki bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, kenapa engkau berpaling daripada melihatku?" lalu Rasulullah S.A.W menjawab " Siapakah engkau?". lelaki ini balas kembali " Aku adalah Umatmu ". Rasulullah menjawab " Umat aku cumalah berselawat keatasku 300kali sehari" .. Lihat kisah diatas. sehari kalau kita tidak selawat sebanyak 300 kali, Rasulullah S.A.W tidak mengenali kita. Kalau tidak mampu. Selawatlah sekadar kita mampu. Jangan kita tidak berselawat keatas Baginda dalam seharipun.~ Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad!!