Saturday 2 February 2013

Takda Ilmu tapi Berlagak Banyak Ilmu. >.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Kaifahalukum?. Alhamdulillah Ana bikhair. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya kita dapat lagi hidup didunia yang fana' dan dapat lagi hirup O2 ( oksigen ) yang segar lagi bugar. Okey hari ini ana sembang2 atau berkongsi ilmu tentang orang yang berlagak ada ilmu banyak atau lebih tepat lagi suka condem orang lain. Okey ada seorang nie yang berlagak banyak ilmu. dah la berlagak lepas tu sombong plak tu merendah2kan orang lain. Nama dye dirahsiakan. Pada suatu hari lelaki ini datang kat skolah ana dan bagi tazkirah. So dye cerita la serba sedikit ilmu yang dia ada. ketika dye cerita/tazkirah, tak tahu la dia sedar atau tidak sedar sedang menghina sunnah Rasulullah S.A.W. Dia kata begini " Tak payah pakai serban yang besor macam tayar vespa tu, pakai serban ala kadar je." ada ke patut dia kata begitu?. Kita tahu ke Serban Rasulullah itu besar mana kerana dalam Kitab Syamail Muhammad ada mengatakan serban Rasulullah S.A.W itu sepanjang 12 hasta,21 Hasta wallahu'alam. Kita tengok pula Ulama tersohor iaitu Imam Syafie.ketka beliau menyeberang padang pasir, ketika itu beliau memakai serban besar.Serban Besar ini banyak kelebihannya. bukan serban kecik itu tak ada kelebihannya. samaje just ada advantages dia kat situ. So sebelum kita nak cakap satu benda, sila guna akal yang baik bukan guna lutut. lepas tu dia cakap yang sedara dye macam Pak Syeikh, Janggut panjang kebawah tapi anaknya tak tutup aurat.?. boleh ke kita condem orang macam tu. Wahai Saudara2 Saudari2 ana yang dikasihi lagi disayangi Allah, Iman itu tidak boleh diwarisi dan tidak boleh di kongsi. Kalau dye kata sebegitu, nampak sangat dye tidak baca sirah Nabi2 terdahulu. Kita lihat pada Zaman Nabi Nuh A.S. Baginda berdakwah selama 900 tahun tapi hanya sedikit sahaja pengikutnya. Isteri Baginda dan anak Baginda juga tidak turut sama menyertai Agama Allah. Itu Nabi. Kita ni manusia. So Tak perlulah kita condem2 orang sebegitu.Okeylah setakat itu sahaja ana mahu kongsi bersama antum, jika ada salah info atau maklumat atau ada yang silap sila tegur ye. Yang Baik itu Datang Dari Allah , Yang buruk itu datang daripada Ana sendiri.Wallahu'alam Ana akhiri dengan 2 rangkap pantun. Kerana Pulut Santan Tersepai, Kerana Mulut Aqidah Tergadai. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.!! Syukran Keatas kesudian antum membacanya :D

No comments:

Post a Comment