Thursday 26 December 2013

Amalan Baik?. Cukup Baik ke?

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah kerana Kita masih lagi hidup dan merasakan nikmat-2 yang tak terhingga iaitu 2 nikmat yng paling besar. nikmat Islam dan Iman. Panjatkan kalimah-2 pujian kepada Rabbul Jalil kerana Dia memberi Oksigen kepada kita. Dengan Oksigen itu kita dapat beribadah dan bertaubat kepadaNya. Okey, Harini Tajukny Amalan Baik?. Cukup Baik Ke?. Kita fikir-2 kan lah.. Rasulullah Bersabda dalam Hadith Baginda. Apabila orang berilmu ( Alim Ulama ) itu Mati, dialah yang akan masuk syurga dahulu, apabila ditimbang amalan Ahli Syuhada dengan Ahli Alim Ulama, Amalan Ahli Alim Ulama lebih Berat lagi daripada Ahli Syuhada. Lalu Ahli Syuhada berdoa kepada Allah supaya hidupkan kembali untuk mereka menjadi orang ahli alim ulama. Tetapi Ahli Alim Ulama lah yang pertama akan masuk Neraka jika mereka tidak melaksanakan Amanah Ilmu Mereka dengan sebaiknya. Wallahu'alam. Allah bertanya kepada Ulama. "Apa kamu buat didunia?" Ulama menjawab " Aku menyebarkan dakwah dan ilmu kepada sekalian Manusia ya Allah" Allah berkata " Kamu tipu!! Kamu melakukan semua itu hanya untuk mendapat nama dan pangkat dan ingin manusia mengatakan bahawa kamu orang yang hebat. Maka Manusia pun sudah berkata padamu begitu". Lalu Allah Memerintahkan Malaikat mengheret Ulama ini ke neraka. Allah bertanya kepada Syuhada'. " Apa Kamu buat didunia?" Syuhada menjawab " Aku berjihad dijalan Engkau Ya Allah". Allah berkata " Kamu Tipu!!, Kamu melakukan ini kerana kamu ingin manusia mengatakan bahawa kamu seorang yang gagah dan hebat" Allah merintahkan Malaikat untuk heret Syuhada ini ke Neraka. Allah bertanya kepada Ahli sedeqah. " Apa Kamu Buat didunia? " Ahli Sedeqah menjawab " Aku bersedeqah untuk Engkau Ya Allah ". Allah berkata " Kamu Tipu!!, Kamu melakukan ini kerana ingin manusia mengatakan bahawa kamu orang yang baik dan kaya". Allah memerintahkan Malaikat heret ahli Sedeqah ini. (Allah berfirman didalam Al-Quranul Karim Mafhumnya:Jika mahu mendekatiku Maka lakukanlah Amalan Soleh dan janganlah Engkau mensyirikkan Aku didalam Amalan mu.) . *Kesimpulannya : Kita beramal dalam suatu amalan mesti niat ikhlas kerana Allah SWT....

No comments:

Post a Comment