Thursday 29 December 2011

Pengorbanan seorang Utusan bersama Sahabatnya~* :)))




Mohammad Bin Abdullah nama BAGINDA yang dilahirkan pada 12 rabi`ul awal tahun gajah dan BAGINDA dikalangan kaum arab quraisy. Baginda membsr sebagai anak yatim. Bapa BAGINDA, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu BAGINDA baru mengandungkan BAGINDA dua bulan Apabila Baginda berusia6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudaraBaginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telahdisebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6).

Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kudadengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurniandan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
ana ringkaskan sahaja~
Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkahdengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu jugawahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu
Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:
Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat.

aku ringkaskan sikit terus ke dakwahnya..
Dalam dakwah BAGINDA , BAGINDA di caci, di maki , hina ketika BAGINDA berdakwah.. tetapi BAGINDA tetap meneruskan DAKWAHnya KERANA ALLAH S.W.T. Walaupun BAGINDA di lempar najis , batu sehingga berdarah dan patah giginya BAGINDA tetap tabah menghadapi semua itu. BAGINDA tidak peduli asalkan BAGINDA dapat melakukan DAKWAHnya dengan sempurna. BAGINDA dibantu dan ditolong oleh beberapa sahabat iaitu ABU BAKAR ASSIDDIQ , UMAR ALKHATTAB , Ali dan Uthman. Mereka bertungkus lumus untuk menegakkan AGAMA ALLAH adakah kita pernah fikir betapa susahnya Mereka menegakkan agama Allah walaupun nyawa mereka terancam. Ingat la wahai sahabat.. Sebelum BAGINDA wafat. BAGINDA ungkapkan UMMATI,UMMATI,UMMATI. BAGINDA ungkapkan begitu kerana BAGINDA sayang akan umatnya dan tidak sanggup untuk meninggal kan umatnya sampai BAGINDA berkata. Jika perit Sakaratul Maut ini maka berilah seluruh Sakaratul Maut umatku Kepadaku. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Seorang Utusan Allah merangkap Kekasih Allah S.W.T. Kita sebagai umat BAGINDA patut berasa bangga dan terharu kerana menjadi umatnya. Dan sebagai Umat kita wajib mewarisi tingkah laku dan sunnahNya. Sampai disini sahaja.. nnt aku smbung lagi.. insyaAllah..
Wallahu `Alam..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment