Monday 24 December 2012

Turban dan Bonggol Unta Kaum Hawa :D

Hari ini ana nak membincangkan perihal kaum wanita yang suka memakai bonggol Unta dan Turban yang mana menjadi trend atau style pada era sekarang.Pada Zahirnya memang kita lihat pakaian itu menutup aurat. Tetapi adakah ia menutup aurat dengan selengkapnya yang dikehendaki Syariat Islam ?. Okey ana cerita tentang Bonggol Unta dahulu. Dalam Hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang berbonggol unta tidak akan bau syurga. Wallahu'alam.Kita menutup aurat ini kerana siapa? kalau tidak bukan lagi kerana Allah kan. tetapi kadang kala kita menutup aurat ni sebab ikut trend atau ikut style. Memang ada yang mengatakan bahawa Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. tetapi jikalau trend itu dah lapok, mungkin dia akan beralih kepada trend yang lain . So dekat sini konsep dia adalah tidak istiqomah dalam amalannya. Bonggol unta ini sudah ada pada Zaman jahiliah lagi. So Betul juga Hadith Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Zaman Jahiliah akan muncul pada Akhir Zaman kelak. Wallahu'alam. Kalau nak tengokkan Bonggol unta ini bukannya lawa bebenar pown. Macam buat benda tak berfaedah je. Nak menunjukkan bahawa kita ada Sup Bunjut kat Belakang tu.Beralih pula kepada Turban. Tidak ada Istilah dalam Islam bahawa Kaum Hawa Sunat memakai Turban. Setahu ana la Turban ini cuma dipakai oleh Kaum adam sahaja. Walaupun pada Zahir dan luarannya ia menutup aurat ( rambut dan leher ) tetapi ia menampakkan bentuk telinga dan leher. So tidak menepati syarat Syarak dalam bab menutup aurat. wallahu'alam. Menutup Aurat yang selengkapnya ialah Melabuhkan Pakaian anda kerana ingin menutup Maruah anda dan Harta anda. Dan pakaian yang labuh itu tidak lah seketat atau yang boleh menampakkan bentuknya. tetapi pakaian yang labuh dan tebal itu lah yang sebaik2nya pakaian. dan Niat untuk menutup aurat mesti lah betol. bukan kerana fesyen atau sebahagiannya. Kita boleh mengambil contoh artis yang menutup aurat dengan sempurna, bagi pandangan ana la. Kita lihat Heliza Helmi. Indah sungguh dia menutup aurat. dengan menutup aurat juga kita bisa berfesyen. bukan tidak boleh berfesyen dalam Islam tetapi berpada2. Jangan terlalu Tabarujj ( berhias2 ) . Wallahu'alam. kalau ada salah fakta atau perkataan silap ketarakan komen anda ya. Syukr alaik kerana dapat meluangkan masa anda untuk membaca blog ana.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

No comments:

Post a Comment