Sunday 30 December 2012

iLmu Lentera HiDup SeOrang MuSLiM

Hari ini ana nak menceritakan dan berkongsi ilmu dengan antum semua yang mana tajuk hari ini ialah *IlMu Penyuluh Budiman*. Dalam Hadith ada mengatakan bahawa : Ilmu itu Fardhu (Wajib) keatas orang2 Islam. Dan ada juga Pepatah Melayu mengatakan bahawa tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China. Ilmu ini umpama Lampu yang menerangi tempat yang gelap gelita. kalau kita memasuki tempat yang gelap gelita tanpa lampu, bisakah kita untuk meneruskan perjalanan kita dan mencari sesuatu? begitu juga ilmu, tanpa ilmu kita tidak boleh maju kehadapan. kalau Dunia ini tidak terkejar2 mencari ilmu, Tamadun baru tidak akan wujud dan mungkin kita akan menjadi orang kuno selama2nya~Oleh itu betapa pentingnya ilmu ini terhadap kehidupan kita dan tamadun kita. Oleh itu dalam ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Contoh iLmu Fardhu Ain ialah Ilmu Tauhid , Ilmu Feqh , Ilmu Sirah dan Sebagainya. dan Ilmu Fardhu Kifayah pula seperti Biologi , Addmath, Fizik dan sebagainya. Oleh itu Kita Wajib mengutamakan ilmu Fardhu Ain daripada Fardhu Kifayah. Bukan tidak boleh kita mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah bermaksud jika ada orang sudah menguasai ilmu tersebut tidak jatuh wajib keatas diri kita untuk menuntut ilmu tersebut. Ilmu Fardhu Ain ini adalah wajib. Kita Solat tapi Ilmu Tauhid takde.. ilmu tauhid ini ialah ilmu Ketuhanan yang mana kita mempeljari ilmu tersebut kita mengenali Allah lebih dalam :D Wallahu'alam. Sebab ape ana kata kita wajib mencari ilmu Fardhu ain? sebab dalam hadith Rasulullah S.A.W bersabda : Man salaka Thoriqon yaltamisu fihi 'ilman , Sahalallahu lahu bihi Thoriqan ilal jannah. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dipermudahkan oleh Allah untuk menuju ke syurgaNya(Hadith Riwayat Muslim).. Allahu Allah. DEngan ilmu kita cari itu, Allah bukak jalan untuk masuk keSyurga.. Dan Ada hadith mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggal didalam majlis ilmu atau dalam menuntut ilmu itu adalah salah satu syahid kecil. Allah2. Mudah kan nak masuk Syurga tapi susah nak buatkan. Dalam Surah Al-Sof ayat dua Allah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Ingat, kita ada ilmu dan kita tahu akan kesalahan tersebut, tetapi kita menyuruh orang meninggalkannya tetapi kita melakukan. Ingat Allah benci akan perkara tersebut seperti mana Allah berfirman dalam surah Assof ayat 3 : Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.. Sodaqallahul 'Adzim. Ingatlah Wahai Orang2 yang beriman. tuntutlah ilmu sehingga antum masuk liang lahad.~ Kepada pelajar2 yang akan menduduki Peperiksaan Besar seperti SPM,STAM,STPM,PMR,UPSR,I'dadi,Thanawi dan sebagainya, Buatlah sehabis baik. Kita lihat pengorbanan Seorang Ulama tersohor iaitu Imam Syafie, bagaimana beliau menuntut ilmu. Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Hanafi .. seperti mana mereka semua itu menuntut ilmu, tidak seperti kita zaman sekrg ini~. Oleh itu cuba membahagiakan Keluarga kita dengan kejayaan yang kita kecapi ini. Akhir sekali, Ingat Ilmu itu adalah penghukum, Pengadil , Pengawal , Pelita . tetapi ilmu itu juga boleh memakan diri kita kembali jika kita tidak pandai menggunakannya.Tahun depan ana akan menduduki SPM . Oleh itu ana mengharapkan Doa2 daripada Antum supaya mendoakan kejayaan ana. Ana teringin nak bagi family ana gembira dengan kejayaan ana~. So Pray for me ya. InsyaAllah i will do the best! InsyaAllah. Wallahu'alam Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment