Sunday 1 January 2012

~~Ikhlas Dari Hati ke Hati ~~



Pergi ke pekan membeli ikan,
Resit pembelian itu menjadi bukti,
3/1/2008 bermulanya perkenalan,
Zaim,izzat penjaga orentasi,

Ikan selama ikan tenggiri,
Manakan sama ikan gelama,
apabila tamat sahaja orentasi,
bermulanya kisah tentang kita,

Mencari Emas amatlah payah,
sudah ketemu teramat gembira,
Khaldun Sina Rushd dan Taimiyah,
Menuntut ilmu mencari kerjaya,

Hang Tuah Dan Hang Lekir,
Bergabung tenaga memikat Zaitun,
Nama diberi Faiz Zamir,
Menjadi Bapa kelas Khaldun,

Ustaz Azhar hebat ilmu feqh,
menyebar dakwah di dunia fana,
kami lantik meor rifaat bin meor rafeq,
menjadi ketua dalam ibnu sina,

Dato` Nik Aziz tok guru kami,
Ulama` tersohor pada ini zaman,
awok gemor kat amirul syahmi,
ketua ibnu rush menjadi pilihan,

Kita dikurniakan otak dan akal,
wajib taat ibu dan ayah,
insan ini bernama haikal,
menjadi tulang kelas taimiyah,

~Bersambung yang akan datang~~

No comments:

Post a Comment